Laman Utama

100 Orang Kontraktor Bumiputera Gred G1 - G4 untuk ditaja Latihan Berstruktur 

Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE)

PENDAFTARAN SEMAKAN

Apa itu Program ACE?


Program ACE atau ACEAccelerator Programme For Construction Entrepreneurs adalah program pembangunan usahawan kontraktor generasi baru hasil dari inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022 khusus kepada graduan Bumiputera TVET & kontraktor belia Bumiputera gred G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan On the Job Training (OJT).

Alumni program MyEP, felow pembinaan CIDB dan program usahawan teknikal ABM tidak akan diterima menyertai program ACE ini.

Program ini terbuka kepada dua (2) kategori.

Syarat-syarat untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan

  1. Kontraktor Bumiputera Gred G1 - G4
    • Perakuan Pendaftaran kontraktor (PPK)
    • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
    • Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  2. G1 : Telah menyertai MCORE dan mempunyai sijil MCORE yang sah
    G2 - G4 : Mempunyai sijil SCORE dengan penarafan sekurang-kurangnya 2 Bintang
  3. Kontraktor Belia Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 25 - 40 tahun (mengikut tarikh lahir)
  4. Keutamaan kepada sekurang-kurangnya yang mempunyai Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setaraf
  5. Tidak bankrup (syarikat/Individu)
  6. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)

  1. Belia Bumiputera Warganegara Berusia 21 - 30 tahun (mengikut tarikh lahir)
  2. Graduan lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  3. Tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai Pemilik/Ahli Lembaga Pengarah di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  4. Tidak didaftarkan sebagai pegawai teknikal/Orang Yang Kompeten (OYK) di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  5. Tidak bankrupt (individu/syarikat)
  6. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)

Objektif Program


  1. Membangunkan golongan usahawan pembinaan atau kontraktor Bumiputera yang berpengetahuan dan kompeten;
  2. Menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan kompetensi dan
    pengetahuan tentang pengurusan perniagaan dan projek pembinaan;
  3. Melengkapkan peserta dengan latihan dan pensijilan yang berkaitan;
  4. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu ICT dan mempromosikan adaptasi penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan pembinaan; dan
  5. Mempraktikkan amalan terbaik dalam pengurusan projek, kualiti, keselamatan,
    kesihatan dan persekitaran (SHE).

Ciri-ciri Usahawan Generasi Baru


  1. Berpengetahuan
  2. Mempunyai pendedahan Hands-on
  3. Mempunyai sijil kompetensi yang berkaitan
  4. Semangat daya saing yang tinggi
  5. Professional
  6. Berintegriti
  7. Selesa dengan digitalisation / IOT
  8. Kebolehan komunikasi serba boleh

APAKAH FORMAT PROGRAM INI?

APAKAH MANFAAT YANG SAYA TERIMA?


 

01

Tajaan latihan berstruktur, Persijilan Kompetensi dan Persijilan Pengurusan Kontraktor

02

Elaun bulanan dibayar mengikut kategori dalam tempoh kursus dan OJT sahaja

03

Peserta yang berjaya menamatkan program latihan dengan cemerlang berpotensi untuk dianugerahkan projek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenal pasti

04

Bagi kategori graduan TVET Pembinaan, peserta akan dibimbing untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat pembinaan

*Semua manfaat di atas tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

LATIHAN PEMBINAAN BERSTRUKTUR


Semua latihan akan dijalankan mengikut wilayah (Tengah, Selatan, Utara, Timur, Sabah & Sarawak). Lokasi secara tepat akan diumumkan kemudian. Latihan merangkumi pengurusan perniagaan, projek, kewangan, program kompetensi dan pengurusan kontraktor.

Peserta terpilih perlu menjalani latihan komprehensif berstrukur selama 2.5 bulan di mana peserta ini akan diberi pelbagai latihan untuk meningkatkan jati diri, motivasi, pengetahuan keusahawanan serta pelbagai latihan berkaitan pengurusan projek.

Disamping itu, peserta ini akan menjalani latihan kompetensi kemahiran (Sijil
Kompetensi Kemahiran Kontraktor- SKKP CIDB) dan kursus pengkhusan kontraktor (Sijil Kecekapan Pengurusan – SKP CIDB) yang bersesuaian dengan profil peserta.

DAFTAR SEKARANG

ELEMEN PENDIGITALAN-INTERNET OF THINGS (IOT)


  1. Pendekatan IOT diterapkan dalam Program ACE bermula dari proses pendaftaran sehinggalah fasa latihan berstruktur.
  2. Setiap peserta diwajibkan untuk membawa laptop masing-masing.
  3. Bergantung kepada tajuk kursus, latihan dilaksanakan secara bersemuka, dalam talian dan hybrid.
  4. Nota kursus adalah dalam bentuk e-notes dan boleh di capai dari dalam talian.
  5. Kehadiran peserta juga menggunakan aplikasi kawalan kedatangan GPS.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah Program ACE?
“Program ACE atau ACE – Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs adalah program pembangunan usahawan kontraktor generasi baru hasil dari inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022 khusus kepada graduan Bumiputera TVET & kontraktor belia Bumiputera gred G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan On-job Training (OJT).

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan kontraktor alaf baru yang berpengetahuan, berkualiti, kompeten, berdaya saing dan berupaya memacu industri pembinaan Malaysia.
Siapakah kumpulan sasaran peserta program?
ACE terbuka kepada 2 kategori penyertaan dengan syarat seperti berikut:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan
  1. Kontraktor bumiputera Gred G1 – G4
    • Perakuan Pendaftaran kontraktor (PPK)
    • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
    • Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  2. G1 : Telah menyertai MCORE dan mempunyai sijil MCORE yang sah
    G2 – G4 : Mempunyai sijil SCORE dengan penarafan sekurang-kurangnya 2 Bintang
  3. Kontraktor Belia Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 25 – 40 tahun (mengikut tarikh lahir)
  4. Keutamaan kepada sekurang-kurangnya yang mempunyai Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setaraf
  5. Tidak bankrup (syarikat/Individu)
  6. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)
  1. Belia Bumiputera Warganegara Berusia 21 – 30 tahun (mengikut tarikh lahir)
  2. Graduan lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  3. Tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai Pemilik/Ahli Lembaga Pengarah di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  4. Tidak didaftarkan sebagai pegawai teknikal/Orang Yang Kompeten (OYK) di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  5. Tidak bankrupt (individu/syarikat)
  6. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)
Apakah format program ini?
Adakah penyertaan program ini kira sebagai tajaan dan peserta akan diikat di dalam kontrak?
Ya, ini merupakan program tajaan Kerajaan Malaysia dan peserta akan diminta menandatangani satu akujanji yang mengikat peserta dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Tempoh kontrak adalah sehingga tamat program. Setiap peserta diperlukan untuk memberikan komitmen dalam menyertai program yang ditetapkan.
Apakah manfaat yang saya terima melalui program ini?
Antara manfaat program ini adalah:
  • Tajaan latihan berstruktur, Persijilan Kompetensi dan Persijilan Pengurusan Kontraktor
  • Elaun bulanan dibayar mengikut kategori dalam tempoh kursus dan OJT sahaja
  • Peserta yang berjaya menamatkan program latihan dengan cemerlang berpotensi untuk dianugerahkan projek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenalpasti
  • Bagi kategori graduan TVET Pembinaan, peserta akan dibimbing untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat pembinaan
*Semua perkara di atas tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan
Dimanakah lokasi latihan akan dijalankan?
Program akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut wilayah. Setakat ini, program telah dilaksanakan di Wilayah Tengah, Utara, Timur dan kini di Selatan.
Apakah jenis latihan yang saya akan terima sepanjang program?
Latihan berstruktur yang telah dirangka meliputi:
  • Program induksi & Jati Diri
  • Modul Kursus Pengurusan kontraktor (SKP)
  • Modul Kemahiran (Tred)
  • Modul Teknologi & Kualiti Pembinaan
  • Modul Penyeliaan & Pengurusan
  • Modul Usahawan
Adakah saya akan menerima elaun penyertaan program?
Ya, peserta akan menerima elaun bulanan berjumlah RM1,300.00 mengikut terma dan syarat program.
Bagaimanakah caranya untuk saya memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian [Klik di SINI]. Sila pastikan anda telah bersedia dengan semua salinan dokumen berkaitan untuk dimuat naik ke dalam sistem permohonan ACE.

Senarai salinan dokumen yang wajib untuk dimuat naik:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan
  1. Gambar Berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan SSM
  4. Salinan Sijil MSCORE (Bagi Gred G1)
  5. Salinan Sijil SCORE (Bagi GredG2-G4)
  6. Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
  7. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  8. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  9. Penyata Kewangan syarikat 3 bulan yang terkini
  1. Gambar Berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Bagaimana peserta boleh menyemak status permohonan?
Pemakluman kepada peserta yang berjaya akan dibuat melalui emel dan medium terpilih. Sekiranya anda tidak menerima apa – apa pemakluman selepas 90 hari dari tarikh permohonan, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
Berapakah jumlah peserta yang akan diambil menyertai program ini?
Anggaran peserta program ACE adalah seramai 300 orang peserta
Berapa lamakah durasi program ACE ini?
Durasi program ini adalah:
  • Latihan berstruktur – 2 setengah bulan
  • On Job Training – 3 bulan (sekiranya berkaitan)
  • Pelaksanaan projek – bergantung pada tempoh masa dalam surat tawaran kerja
Bilakah tarikh tutup permohonan?
Program ini masih dibuka sehingga 31 Disember 2023

DAFTAR SEKARANG

RAKAN STRATEGIK