Laman Utama

Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE) 2.0

PENDAFTARAN

APA ITU PROGRAM ACE?

Program ACE atau ACEAccelerator Programme for Construction Entrepreneurs adalah program pembangunan usahawan kontraktor generasi baharu hasil dari inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mensasarkan kontraktor Bumiputera gred G1 hingga G4 & graduan TVET Pembinan Bumiputeran melalui kursus intensif keusahawanan binaan dan On the Job Training (OJT).

Program terbuka kepada dua (2) kategori dengan syarat kemasukan seperti berikut:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan

  1. Berumur diantara 25 - 40 tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Kontraktor Bumiputera Gred G1 - G4
    • Perakuan Pendaftaran kontraktor (PPK)
    • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
    • Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  4. Mempunyai sijil MCORE yang sah bagi Kontraktor Gred G1
  5. Mempunyai sijil SCORE dengan dengan penarafan minima 2 Bintang bagi Kontraktor Gred G2 - G4
  6. Tidak Muflis (individu/syarikat)
  7. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)
  8. Keutamaan kepada sekurang-kurangnya yang mempunyai Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setaraf

  1. Berumur diantara 21- 30 tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Belia Bumiputera lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  4. Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)
  5. Tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai Pemilik/Ahli Lembaga Pengarah di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  6. Tidak didaftarkan sebagai Pegawai Teknikal/Orang Yang Kompeten (OYK) di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  7. Tidak Muflis (individu/syarikat)

Permohonan dari Alumni Program MyEP, Felo Pembinaan CIDB dan Program Usahawan Teknikal ABM adalah tidak diterima untuk Program ACE.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Membangunkan golongan usahawan pembinaan atau kontraktor Bumiputera yang berpengetahuan dan kompeten;
  2. Menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan kompetensi dan
    pengetahuan tentang pengurusan perniagaan dan projek pembinaan;
  3. Melengkapkan peserta dengan latihan dan pensijilan yang berkaitan;
  4. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu ICT dan mempromosikan adaptasi penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan pembinaan; dan
  5. Mempraktikkan amalan terbaik dalam pengurusan projek, kualiti, keselamatan,
    kesihatan dan persekitaran (SHE).

CIRI-CIRI USAHAWAN GENERASI BAHARU

  1. Berpengetahuan
  2. Mempunyai pendedahan Hands-on
  3. Mempunyai sijil kompetensi yang berkaitan
  4. Semangat daya saing yang tinggi
  5. Professional
  6. Berintegriti
  7. Selesa dengan pendigitalan / IOT
  8. Kebolehan komunikasi serba boleh

APAKAH FORMAT PROGRAM?

APAKAH MANFAAT YANG SAYA TERIMA?

01

Tajaan latihan berstruktur, Persijilan Kompetensi dan Persijilan Pengurusan Kontraktor

02

Elaun bulanan dibayar mengikut kategori dalam tempoh kursus dan OJT sahaja

03

Peserta yang berjaya menamatkan program latihan dengan cemerlang berpotensi untuk dianugerahkan projek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenal pasti

04

Bagi kategori graduan TVET Pembinaan, peserta akan dibimbing untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat pembinaan

*Semua manfaat di atas tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

APAKAH INTIPATI PROGRAM ACE?

Program ACE telah memanfaatkan 300 orang alumni yang terdiri daripada Kontraktor Gred G1 – G4 disepanjang penganjurannya pada 2022 – 2023. Program latihan peningkatan pengetahuan dan Kemahiran berstruktur ini merangkumi 6 Modul dalam 54 hari!. Antaranya:

      1. Modul Inspirasi Diri;
      2. Modul Pembangunan Usahawan;
      3. Modul Teknologi Pembinaan;
      4. Modul Penyeliaan & Pengurusan Projek;
      5. Modul Pensijilan Kompetensi Kemahiran dan
      6. Modul Pensijilan Pengurusan Kontraktor

Semua latihan akan dijalankan mengikut di Pusat Satelit ACE Wilayah yang telah ditetapkan iaitu di Wilayah Utara, Timur, Selatan atau di Wilayah Tengah.

 

DAFTAR SEKARANG

PENERAPAN ELEMEN DIGITALISASI

  1. Pendekatan IOT diterapkan dalam Program ACE bermula dari proses pendaftaran sehinggalah fasa latihan berstruktur.
  2. Setiap peserta diwajibkan untuk membawa laptop masing-masing.
  3. Bergantung kepada tajuk kursus, latihan dilaksanakan secara bersemuka, dalam talian dan hybrid.
  4. Nota kursus adalah dalam bentuk e-notes dan boleh di capai dari dalam talian.
  5. Kehadiran peserta juga menggunakan aplikasi kawalan kedatangan GPS.

SOALAN LAZIM (FAQ)


Apakah Program ACE?
“Program ACE atau ACE – Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs adalah program pembangunan usahawan kontraktor generasi baru hasil dari inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022 khusus kepada graduan Bumiputera TVET & kontraktor belia Bumiputera gred G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan On-job Training (OJT).

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan kontraktor alaf baru yang berpengetahuan, berkualiti, kompeten, berdaya saing dan berupaya memacu industri pembinaan Malaysia.

Siapakah kumpulan sasaran peserta program?

ACE terbuka kepada 2 kategori penyertaan dengan syarat seperti berikut:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan

  • Kontraktor bumiputera Gred G1 – G4
  • Perakuan Pendaftaran kontraktor (PPK)
  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  • Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  • G1 : Telah menyertai MCORE dan mempunyai sijil MCORE yang sah
  • G2 – G4 : Mempunyai sijil SCORE dengan penarafan sekurang-kurangnya 2 Bintang
  • Kontraktor Belia Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 25 – 40 tahun (mengikut tarikh lahir)
  • Keutamaan kepada sekurang-kurangnya yang mempunyai Sijil Kompetensi
  • Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setaraf
  • Tidak bankrup (syarikat/Individu)
  • Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)

  • Belia Bumiputera Warganegara Berusia 21 – 30 tahun (mengikut tarikh lahir)
  • Graduan lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai Pemilik/Ahli
  • Lembaga Pengarah di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  • Tidak didaftarkan sebagai pegawai teknikal/Orang Yang Kompeten (OYK) di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  • Tidak bankrupt (individu/syarikat)
  • Mempunyai Kad Personnel Binaan yang masih sah (Kad Hijau)

Apakah format program ini?

Adakah penyertaan program ini kira sebagai tajaan dan peserta akan diikat di dalam kontrak?
Ya, ini merupakan program tajaan Kerajaan Malaysia dan peserta akan diminta menandatangani satu akujanji yang mengikat peserta dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Tempoh kontrak adalah sehingga tamat program. Setiap peserta diperlukan untuk memberikan komitmen dalam menyertai program yang ditetapkan.

Apakah manfaat yang saya terima melalui program ini?

Antara manfaat program ini adalah:

  • Tajaan latihan berstruktur, Persijilan Kompetensi dan Persijilan Pengurusan Kontraktor
  • Elaun bulanan dibayar mengikut kategori dalam tempoh kursus dan OJT sahaja
  • Peserta yang berjaya menamatkan program latihan dengan cemerlang berpotensi untuk dianugerahkan projek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenalpasti
  • Bagi kategori graduan TVET Pembinaan, peserta akan dibimbing untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat pembinaan

*Semua perkara di atas tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan

Dimanakah lokasi latihan akan dijalankan?
Program akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut wilayah. Setakat ini, program telah dilaksanakan di Wilayah Tengah, Utara, Timur dan kini di Selatan.

Apakah jenis latihan yang saya akan terima sepanjang program?
Latihan berstruktur yang telah dirangka meliputi:

  • Program induksi & Jati Diri
  • Modul Kursus Pengurusan kontraktor (SKP)
  • Modul Kemahiran (Tred)
  • Modul Teknologi & Kualiti Pembinaan
  • Modul Penyeliaan & Pengurusan
  • Modul Usahawan

Adakah saya akan menerima elaun penyertaan program?
Ya, peserta akan menerima elaun bulanan berjumlah RM1,300.00 mengikut terma dan syarat program.

Bagaimanakah caranya untuk saya memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian. Sila pastikan anda telah bersedia dengan semua salinan dokumen berkaitan untuk dimuat naik ke dalam sistem permohonan ACE.

Senarai salinan dokumen yang wajib untuk dimuat naik:

Kontraktor Gred G1-G4Graduan TVET Pembinaan

  • Gambar Berukuran Pasport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SSM
  • Salinan Sijil MSCORE (Bagi Gred G1)
  • Salinan Sijil SCORE (Bagi GredG2-G4)
  • Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
  • Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  • Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  • Penyata Kewangan syarikat 3 bulan yang terkini

  • Gambar Berukuran Pasport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia


Bagaimana peserta boleh menyemak status permohonan?
Pemakluman kepada peserta yang berjaya akan dibuat melalui emel dan medium terpilih. Sekiranya anda tidak menerima apa – apa pemakluman selepas 90 hari dari tarikh permohonan, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Berapakah jumlah peserta yang akan diambil menyertai program ini?
Anggaran peserta program ACE adalah seramai 300 orang peserta

Berapa lamakah durasi program ACE ini?

Durasi program ini adalah:

  • Latihan berstruktur – 2 setengah bulan
  • On Job Training – 3 bulan (sekiranya berkaitan)
  • Pelaksanaan projek – bergantung pada tempoh masa dalam surat tawaran kerja

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Program ini masih dibuka bagi pendaftaran 2024

DAFTAR SEKARANG